Breastfeeding And My Love: Part 4
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Friday Dec 11, 2009Sekarang Nauwal dah nak masuk 4 bulan. Lagi seminggu genap 4 bulan. Sepanjang tempoh tu, aku susukan sepenuh masa. Aku ikut semua petua dari kumpulan penyokongan penyusuan susu ibu, SusuIbu.com.
Setelah tempoh yang lama ni, nampak peningkatan dan perkembangan Nauwal. Antaranya dalam masa 2 minggu dia dah berdiri tegak. Leher dia tak tergoyang2 macam baby lain. Mandi sambil berdiri. Badan dia tegap. Umur tepat 3 bulan dia meniarap dengan tanpa bantuan. Dan sekarang dia mampu angkat badan sendiri untuk duduk bila kita pegang tangan dia.
Setelah 3 kali cucuk imunisasi, Nauwal tak kena demam berpanjangan. Hanya panas dedar bila growth spurt dia datang je. Nyamuk pon tak gigit dia. Tapi asik gigit ibu dan abi sampai bengkak2.
Melihat semua perkembangan tu, Abang mula bagi support yang baik. Setiap kali pi Billion dia akan cari sayur kucai. Dia akan rebus longan kering, bancuhkan susu, tambah air dalam tumbler, dan macam2 lagi.Lega hati aku.
Alhamdulillah, semua tu berkat doa semua, dan hasil pencarian bahan bacaan di internet aku bagi dia baca. Tambah pulak aku mintak Wana dan Sarah yang turut exclusive BF baby depa datang dengan Haikal dan Faizal. Mungkin jugak dia tengok anak kami semakin membesar bagai johan, dan jarang kena penyakit, tak meragam, semakin bijak. Alhamdulillah. ALLAH juga yang membuka hati hamba2 nya.
Cuma baru2 ni ada seorang buat statement suruh suap biskut pasal dia nampak Nauwal drooling je. Bukan pasal lapar, dah tabiat anak2 kecil begitu. Lagipun Nauwal nangis sebab panas, kecik sgt hati aku.
Lepas ni aku akan update gajet2 yang diperlukan bila nak exclusive BF buat ibu2 bekerjaya. Aku pon ada dah beli separuh dah. Separuh lagi on da way. Hehehe..
Buat ibu yang ingin exclusive BF anak aku perturunkan kata2 Wana pada aku : “Dalam Al Quran ALLAH suruh fully BF anak sehingga 2 tahun, WHO jugak selaras. Jadi, kita buat benda yang sangat2 betul. Biasalah, benda baik selalu banyak halangan.”
So, percayalah, kita buat benda baik untuk anak kita kerana ALLAH.


Lepas ni aku akan update gajet2 yang diperlukan bila nak exclusive BF buat ibu2 bekerjaya
Apa erti gajet2 utk BF. Inspekter gajet