Doa Penenang Hati
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Wednesday Jan 20, 2010ALLAHU ALLAH…
Sungguh aku tak mampu nak menyatakan apa2… Sungguh Aku hanya mampu menahan air mata mendengar suara Kak Cik dalam telefon dari UK sana.. Aku cuma boleh bagitau dia suruh sabar dan doa. Apa yang ALLAH bagi, itulah yang terbaik buat kita.
Aku baca doa dalam hati aku, selawat tafrijiyah, dan berkata2 dengan ALLAH di dalam hati. Agar DIA beri kekuatan buat Kak Cik, Bang Din, Mawaddah, Muammar, Ayman dan kami semua sekeluarga. Itu saja yang kami pohon. Hanya DIA tahu apa yang terbaik untuk kami semua.
Mawaddah yang istimewa, yang suaranya hanya mampu aku dengar melalui telefon dan video streaming kiriman Kak Cik. Semoga ALLAH beri kekuatan untuk Mawaddah melawan sakitnya kalau itu yang terbaik buatnya.
Apa yang aku amalkan jika bersedih selain solawat tafrijiyah ialah,
“ALLAHUMMA faarijal hamm, kaasyifal ghamm. Mujiibud da’watal mudthorrin, rahmaanad dunya wal akhirah, wa rahiimahuma, Anta tarhamunii, farhamnii, birahmatin tughnini biha, rohmati maa siwaak.”
Doa itu ialah sebahagian dari zikir munajat Ustaz Amal yang aku sentiasa baca semasa mengandung. Mungkin ada yang aku terlupa sikit2, nanti aku poskan sepenuhnya doa tersebut.
Buat semua yang membaca blog ini, aku pohon agar kalian doa kepada ALLAH agar DIA beri kami semua ketabahan dan kekuatan.
Ameen Ya ALLAH


amni….. doa akak juga dikirimkan utk kak cik mu….. menitis air mata akak bila membaca kisah Mawaddah… Allahu Akbar …. kerana kita adalah ibu…. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul….
saya dan suami juga sentiasa mengirimkan doa.
mamaput3 & yan: insya ALLAH, saya sampaikan