~::Diskusi Hati ::~ |

Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan

Time Kelas, Berangan!

Sunday Jan 31, 2010

Masuk minggu keempat saya ajar TMK3108 ni. Masuk kali ni dah 5 tahun saya ajar subjek ni. Permasalahan yang berlaku tetap sama. Disiplin dan minat tiada. Tak kira melayu, cina atau india. Betul2 punya 1 Malaysia ni!!!

Saya dah bagi arahan agar hantar latihan sebelum 12 am ahad. Ada masa 4 hari diberi. Soalan yang jawapan sudah tersedia dalam slaid. Tahniah bagi yang hantar awal. Namun, Sabtu malam masih ramai belum hantar.

Sudah jadi amalan saya, setiap email yang diberi akan saya reply sama ada accepted atau bounced dengan beberapa perkara perlu diperbetulkan. Antara kesalahan2 yang dilakukan:

1. Arahan saya: Subject: TMK3108 Assignment Week 3. Namun ramai yang letak tahapahapa tajuknya.

2. Dalam content pula letakkan nama dan matrix num. Kosong saja. Kalaulah saya ingin berlaku kejam dan tidak adil, saya abaikan email anda dan delete sahaja. Tapi saya tak suka biar begitu. Tapi anda tidak hantar pembetulannya. Macam mana ni? Tidak ikut arahan!

3. Saya cukup pantang anda masuk kelas lambat. Saya dah diskaun 15 min buat anda, tapi masih juga anda datang hingga lewat stgh jam.

4. Di dalam kelas anda berlagak faham, bila saya tanya jika ada soalan atau tidak, masing2 membatu. Bila diberi latihan baru kelam kabut. Jangan malu atau takut. Saya berbesar hati menjawab persoalan berkaitan subjek ini.

5. File extension saya suruh hantar dalam .txt format iaitu notepad biasa. Ramai yang hantar dalam rich text format, zip dan rar. Ini menunjukkan anda tak dengar arahan.

6. Due date ialah 11.59 pm 30hb Jan. Masih ada yang hantar lewat, Jangan marah jika email anda dapat Not Accepted

Itulah, time kelas berangan, buka facebook, buat assignment lecturer lain. Macam mana Malaysia nak maju, generasi mudanya sambil lewa.

Berubahlah…

8 Comments »

pedih sungguh membacanya…
moga-moga kak amni jgn putus asa merubah mereka

January 31st, 2010 | 9:25 am
faizal:

sabar puan…saya paham..

January 31st, 2010 | 1:56 pm
Yasni:

nanti kena balik, baru mereka rasa..

January 31st, 2010 | 3:45 pm

uzair: tak ada istilah putus asa dalam hidup seorg pendidik
faizal: insya ALLAH saya sabar
yasni: harap2 tak kena, biar depa berubah. itu lebih baik

January 31st, 2010 | 3:59 pm
min:

mak ai… cengenya cikgu! tu yg i suka ajaq budak sekolah rendah! tak buat homework pun tak pa… mmg betul depa tak paham… n tak dengaq arahan. nak marah pun tak jadi… heheh!

February 1st, 2010 | 7:00 am

kak cik: tula.. masalahnya dah besaq yang dok wat perangai ni… rasa cam nak kute peghot…

February 2nd, 2010 | 1:02 pm

Student saya yang peringkat sijil ni pun alhamdulillah.. setakat ni datang lewat pun 1-2 saja, itupun masa kelas pertama kali.
Mungkin perlu pendekatan yang lain..

February 2nd, 2010 | 10:43 pm

yan: ce bg idea… not only my class they behave like that… saya xnk la kunci2 pintu bagai…. lgpon sy ajar lab je..ni semua akibat sikap xmghargai ilmu… mmg susah nk ubah mentaliti

February 2nd, 2010 | 10:49 pm
Leave a Reply

Comment