~::Diskusi Hati ::~ |

Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan

Breastfeeding And My Love: Pengepaman dan Penyusuan

Saturday Feb 27, 2010

Dah lama tak buat entry tentang penyusuan ni… Asik upload nota dan latihan saja dan sibuk nak pindah rumah.

Baru2 ni Kak Teh hantar SMS tanya tentang penyusuan. Ni kira entry buat rujukan Kak Teh n ibu2 baru nak belajar
penyusuan ibu secara eksklusif.

Kalau hari-hari bekerja, Ahad-Khamis, saya akan beri Nauwal menyusu sepuas2nya sebelum hantar ke Taska pukul 9. Di taska saya bekalkan 5 botol 2 oz susu. Sebab saya pegi amik Nauwal awal dalam pukul 4. Kalau tak cukup, depa akan telefon dan saya akan hantar susu yang baru.

balik dari taska pukul 4, nauwal akan menyusu selama mungkin sampai tertido. Malam pun saya kerapkan mungkin hingga 4-5 kali jugak. Walaupun dia dah start on solid food, tapi dia masih kuat menyusu.

Jadual mengepam pula pukul 10,12,2 dan 3.40. Selalu dapatla dalam 10oz. Cukup untuk esoknya. Saya banyak bagi yang fresh, sebab nak make sure antibodi dlam susu masih banyak. Yang frozen hanya kalo tak cukup yang fresh.

Tapi hari rabu bila ada kelas, saya akan pam between the class for 20 minutes, after class for 30 mins. Dan pukul 3 ptg for 30 minutes.

Walaupun letih dan terkejar-kejar, saya bersyukur lah kepada ALLAH kerana bagi rezeki buat saya dan anak. Saya nak mencontohi Nabi Musa dan ibunya. Juga saya nak agar my baby only gets the best from me.

Insya ALLAH saya akan cuba teruskan hingga Nauwal 2 tahun. Alhamdulillah my short term goal iaitu 6months dah berjaya. Another short term goal is 1 year,until 2 years. Doakan kami ye.

Amin Ya ALLAH…

2 Comments »

ummurifqi:

dah pindah?
selamat berpindah..
http://veryberrymerry.blogspot.com/
~kmah

February 28th, 2010 | 3:43 pm
Diqma:

syukran adik

March 1st, 2010 | 6:16 am
Leave a Reply

Comment