6 Month Growth Spurt
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Sunday Feb 28, 2010Dalam entry ini, ini dan ini ada aku cita pasal growth spurt Nauwal.
Last 20th Feb, genap Nauwal 6 bulan ikut kalendar Masihi. Aku masih lupa nak bawak cucuk imunisasi DTaP yang ke 3 yang sepatutnya masa 5 bulan pasal bz sangat2. Ni 6 bulan pun sepatutnya ada cucuk Hep B yang ke 3 jugak. Maafkan ibu Nauwal. Insya ALLAh minggu ni kita cucuk DTap, minggu depan Hep B ok?
This time, growth spurt dia semakin mencabar kesabaran dan kekuatan. Selain night feeding yang semakin banyak dan kerap, dia jugak makan solid food dengan banyaknya. Aku rebus kentang + carrot, dia makan semangkuk. Biskut 2 keping. Nasik putih abi dia penyet2 pon dekat2 20 mulut disuap abi. Uish… Pasni hantap lagi anak ibu.
Hari ni Nauwal demam. Tapi dia tak merap sangat. Hepi je. Cuma sepanjang siang n malam nak menyusu. Every 1 hour. Aku pulak demam jugak. Takpelah, demi anak aku tahan je. Air suam aku minum dekat 6 liter hari ni. Rasa2 berat aku mmg water weight ajelah. Proses pembakaran lemak berlaku semasa menyusu. Hik hik…
Aku tersedar pukul 4 pagi sebab Nauwal merengek dan rasa2 seluruh badan dia panas. Aku kejut Abang dan mintak dia tolong pegang Nauwal. Aku bangun masak air dan lap seluruh badan dia. Bagi Paracetamol Syrup yang dapat aritu simpan elok2 dalam peti lebih kurang 2.5 ml. Sebelum ni dia puek2 je kalo bagi makan ubat. Ni aku cakap, kalo baby nak sihat n ikut ibu hantar abi pagi nanti kena makan ubat. Uih, paham rupanya si tecit tu. Dia isap syringe sampai licin. Aku lap badan dia tinggal dia bolen pakai diapers je. Kejap ja dah tido. Elok nak lelap balik dah subuh.
Lepas hantar Abang, panas balik badan dia. Nasib ada Sha n Jann dok tolong pegang. Saje tak hantar taska, dia demam kan. Aku lebih suka jaga sendiri. Tak sampai hati nak biar dia orang lain jaga demam2 ni. Bawak depa pi makan nasik ayam depan hostel. Order moi sup untuk si tecit. Makan banyak juagk mek tet ni demam2 pon. Pastu hantar ndoi pi rumah baru dan balik. Lepas tu lap lagi badan dan bagi makan ubat. Bagi susu lagi sampai tido. Kirim KoolFever kat Kak Eyta.
Petangnya bagi mandi air suam. Kak Eyta cakap boleh bagi mandi. Alhamdulillah, lepas mandi hilang terus panasnya dan peluh sangat banyak. Poo poo pon banyak sampai kena seluar ibu. Huk huk… Lepas tu keluar main layang2 dengan Habil. Ni malam, minum susu saja dekat 6 kali dah. Sian anak ibu. Takpela, mungkin demam tarik ruas, nak merangkak, or nak duduk or nak jalan terus ke. Hihi… Good luck my baby… Ibu love u mucho…
Ni gambar budak demam. Kat dahi tu KoolFever. Semoga Nauwal sihat2 selalu dan bertambah pintar. Amin…




Hehe dia syok latu ada pelekat kat dahi
hehe… tak pandai cabut lg… abg ayman dulu. tiap2 kali pakai benda tu, dia cabut. rugi ja… ish geram ngat aih cik min budak tecik sorang ni…
fancynya.. pakai kain aje pun ok doh..
koolfever seh
emm just nak bagi tahu, blog ni dah dimasukkan kedalam projek blogger umt.
kalau tak setuju sila bagi tahu
http://blogger-umt.blogspot.com/
Cute baby!
kakteh, kakcik: dia mmg nak tarik, tapi adik dok tarik tgn dia. dia paham kot.
yan: xde fancy apanya, saya pon demam, xlrt nk tuam spnjg mlm.
syafiq:ok. teringin nak layout cam blog kamu. hihi… akak upah buat bleh? hehe
sack: tenkiu…. all babies are cute indeed..
@kakAmni free je tu
saya ambik dari theme wordpress sendiri. tu bukan premium theme. masih tak berkesempatan buat theme sendiri. mungkin masa LI kalau ada masa :p