~::Diskusi Hati ::~ |

Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan

Mendidik Tawakkal, Tauhid dan Berdikari - Part 1:Tawakkal

Thursday Mar 4, 2010

Selesailah sudah urusan pindah rumah aku. Kini berdua dgn anakanda sahaja. Pengalaman dengan Kak Eyta takkan dilupakan, banyak yang aku belajar ngan dia. Thanx a lot kak. ALLAH je mampu balas.

Kini aku dan Nauwal bergantung semata-mata kepada ALLAH. Aku nak ajar Nauwal sejak kecil ni macam mana nak berdikari, macam mana tawakkal, macam mana mentauhidkan ALLAH.

Dulu masa kecik2, banyak betoi doa yang mak dan abah suruh hafal. Tensen time tu, sat2 mak tanya, sat2 abah tanya. Doa guruh la, doa masuk tandas la. Yang paling aku ingat before tidoq mak suruh baca doa2 tu semua macam buat kuiz hafazan pulak. Aku buat2 lena pon tak jalan. Mak gerak sampai selesai hafal semua doa. Kadang2 dengan surah lazim sekali kena. Huhu… Tensen!!! Tapi la ni bila jadi ibu aku baru tau, pentingnya mak buat camtu. Aku pon nak buat cam tu gak, Insya ALLAH.

Antara doa yang paling senang ingat mak ajaq aku tapi tak habaq apa tujuannya ialah : ALLAH ma’iy, ALLAH nazhirun ilayya, ALLAH syahidiy. Puas mak suruh ulang2 sampai lekat dalam hati aku. Aku pon baca la, siap buat lagu2 lagi tu… Nak bagi senang hapai.

Bila besaq, aku terbaca dalam satu kisah sufi, doa tu untuk memupuk tawakkal dan tauhid. Oh, mak ajaq aku tanpa disedari. Perasan dak kak cik, kak teh n kak bi? Patutla kita anak2 pempuan Pak Khassim jenih berani tak ingat kan?

Kak cik tu apa yang dia tak penah buat? Naik gerek merayau merata, tu pasal tawakal kuat la tu. Hihi… Kak teh main hentam tumpang keta sapa tah, tawakkal kuat tu… Kak bi aku tak tau cerita la.. Kak teh kalau nak pi seminar akan buat apa saja asal sampai. Pemandu komuter, lrt n teksi seluruh KL kenai dia. Haha…

Bila dok berdua ni, selain usaha2 yang dilakukan, aku hanya mampu serah kat ALLAH. Masa nak hantar anak kat pengasuh aku nyanyi kuat2 doa tu dalam keta. Aku baca kuat2 ayat kursi, ayat seribu dinar, bismillah 5. Aku doa dan seolah2 bercakap sorang2, YA ALLAH, aku serahkan anak aku di bawah jagaan Engkau! Jagalah anakku ya ALLAH..

Pada Nauwal jugak aku buat2 sembang dengan dia, “Nauwal, sayang doa pada ALLAH, mintak DIA jaga kita, mintak DIA sayang kita, mintak DIA beri kecukupan rezeki buat kita.” Dan si kecik tu macam paham2 je, mulut dia pon hohehohe macam dok berdoa. Macam tu jugak bila susu aku kurang, aku cakap kat Nauwal, “Baby, doa kat ALLAH supaya susu ibu cukup untuk baby sampai baby 2 tahun na… Ibu nak sangat susukan baby, tolonglah doa pada ALLAH na.” Dia pon tengok aku mata kelip pok kelip pok mulut hohehohe…. Insya ALLAH dok doa la tu kot.

Aku harap aku boleh jadi macam mak dan abah didik kami. Aku sejak menelusuri tariqat kesufian ni makin aku paham rupanya ajaran mak dan abah itulah rupanya makna bagi muroqobah ma’iyah iaitu merasa2 ALLAH bersama kita dan muroqobah mutlak iaitu dalam setiap apa yang aku buat aku rasa ALLAH perati. Bila Abang cakap dia risau dengan kami berdua, aku cakap kat dia, “ALLAH ma’iy, ALLAH nazhirun ilayya, ALLAH syahidiy”. Insya ALLAH, doakan kami agar berada dalam jagaan ALLAH.

Aku akan cuba pupuk anak aku agar berani dan bertawakkal pada ALLAH dalam kehidupan, setelah diusahakan segalanya. Didikan mak abah aku akan cuba buat pulak untuk anak aku, semoga berhasil.

Jom kita sama2 buat!

4 Comments »

ummurifqi:

salam,
well, terbaik!
kagum akak baca entry ni..

Thanks.

March 23rd, 2010 | 3:30 pm

sangat2 menyentuh jiwa. muhasabah diri terbaik sebagai ibu. thanxs amni!

April 18th, 2010 | 7:45 am

dik, salah link website. ni baru betul.

April 18th, 2010 | 7:47 am

k.mah n k.huda: boleh share cara akak2 berdua?

April 18th, 2010 | 10:22 am
Leave a Reply

Comment