Realiti Sejarah Kedah
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Monday May 24, 2010Subjek yang saya paling saya suka tidur skali ialah sejarah. Tanpa sejarah siapalah kita kan? Tapi saya konpius juga sebab sepanjang 5 tahun saya tak dapat kaitkan realiti sekeliling dengan sejarah yang saya blaja.
Contoh ye, kat Kedah ada banyak kota2 lama. saya sembang ngan abah, kat area Kubang Pasu ada Kota Mengkuang, Kota Siputeh, Kota Naga, kat Aloq Setaq ada Kota Rentang, Kota Sarang Semut, Kota Setar, pastu ada lagi Kota Kuala Muda, dll. Takkan lah nama itu wujud macam tu saja kan tanpa ada sebarang relation dengan situasi sebenar. Otak saya pon buat equation yang saya sendiri rasa pening2 lalat. Rasa takde roh belajar sejarah negara. Tapi saya suka sejarah dunia.
Sekali, masa tengah buat master saya saja surf2 internet nih. Saya jumpa banyak perbincangan bahawa sejarah negara kita telah diubah2. Saya susah juga nak percaya. Maklumlah kita dah didoktrinkan sebegitu semasa belajar sejarah kan.
Saya akhirnya jumpa blog ini. http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ yang mana blog ini telah membuatkan saya mencari dan mencari lagi. Saya jumpa blog ini http://www.kedahcybersyburi.blogspot.com/ dan blog ini http://sejarahrealitinagarakedah.blogspot.com/ dan blog ini http://naim-firdausi.blogspot.com/.
Saya seperti orang yang kehausan lepas lari marathon 7 kilometer dapat minum air 100plus. ALLAHU AKBAR. ALLAH ya ALLAH! Terima kasih atas anugerahMU. Saya tahu akan ada orang pertikaikan. Tapi bagi saya yang asal Kedah, dok di Kedah dan membesar di Kedah, saya sentiasa bertanya ngan abah dan mak makna nama sesuatu tempat di Kedah yang unik dan sukar nak difahami. Bila saya membaca blog2 tersebut dan berhubung melalui email dengan mereka, saya rasa saya makin cintakan sejarah dan cintakan negeri saya Kedah Sejahtera.
Sesungguhnya mereka cuba memadam sejarah kegemilangan Islam, namun ibarat permata dicelah lumpur, pasti permata tetap bersinar juga. Islam pasti akan menunjukkan sinarnya.
Jemputlah saudara-saudari baca blog2 tersebut di atas. Pasti kalian juga akan seperti saya. Semakin cintakan agama kita, cintakan keamanan dan ingin mengelakkan perbalahan perkauman. Kerana hakikatnya kita semua adalah dari leluhur yang sama. Tapi kebencian yang memisahkan kita.
Bacalah, kerana itu seruan ALLAH yang pertama semasa Rasulullah diutuskan!


tolong la cerita sikit, bagi semangat nak baca blog2 tu.