Perihal Blog Sejarah Kedah
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Tuesday May 25, 2010Ini ialah petikan kenyataan blog Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate
Sudah Terang Lagi Bersuluh.
Blog ini ialah blog yang menyokong blog-blog yang sewaktu dengannya untuk memberitahu kepada ummat Melayu Islam,sejarah yang sebenar dan tipu daya musuh-musuh Allah terhadap sejarah bangsa kaum ini dan sejarah dunia.
Ini pula dari blog Empayar Islam Benua Siam Kedah
Aku lah wangsa yang bermaksud Harimau, hari ini aku dikenali sebagai Melayu dari rumpun Siam Islam..waris aku berasal dari Yunan. Sedarlah bangsa aku bahawa Melayu dahulunya bukanlah bangsa yang lemah dan malas. Sedarlah bahawa dalam bahasa Siam yang masih dipertuturkan di Kedah (bukan bahasa Thai) Merong itu bermaksud Naga Laut, Maha itu pembesar dan wangsa itu, bangsa harimau (puak tentera). Ini jelas merujuk kepada simbol naga Maharaja China Dinasti Tang ketika itu iaitu Sai Tee Sung. Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi lalu menghantar cucunya, Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan islam di Nusantara. Maka islam lah kita hari ini dari tarikh itu, lebih bertamaddunlah kita orang-orang Yunan yang di gelar ‘fei’ oleh Maharaja China di nusantara ini.Hari ini kita bukan lagi ‘fei’, tapi Melayu.
Dan ini dari blog Naim Firdausi
Naim Firdausi seorang penulis dan pengkaji sejarah. Beliau meredah belukar, mendaki bukit-bukau untuk mencari tinggalan sejarah kerajaan Siam-Ligor yang silam.
Pihak mykedah.org telah memohon dan mendapat kebenaran untuk menyiarkan artikel dan hasil kajian beliau yang dicatatkan di laman blog beliau http://naim-firdausi.blogspot.com untuk disiarkan semula di laman web mykedah.org .
Oleh itu, setiap artikel beliau yang disiarkan di sini adalah hak milik Naim Firdausi. Sebarang salinan, penerbitan dan segala yang berkaitan perlu merujuk kepada beliau.
Please do visit their blog… =)


saya teruja dengsn sejarah kedash siam islam