Mari Memasak Untuk Suami
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Monday May 31, 2010Sebelum tu kita tengok gambar dulu ya
Gambar No 1 tu namanya Ayam Masak Stail Itali Tapi Tak Jadi. (panjangkan namanya?)
Yang Kedua tu Pak Choy With Oyster Sauce
Resepi no 1:
minyak tuang masuk dalam frying pan. kasik panas. letak kentang yang dipotong wedges, letak bawang yang dikerat 4. Kasik simmer. Pastu letaklah ayam yang kemudian tabur sikit garam, gula, black pepper. Nak wangi letak daun limau purut. Dekat2 nak angkat tu perah lemon or limau nipis. Tapi make surelah ayam n kentang tu dialih2 n dah masak tau! Abang cakap sedap :”> hihi hepi rasa kena puji so diberi nama masakan ni Ayam Masak Penawar Rindu pasal hilangkan rindu masakan isteri. Piuuweett!!
Kenapa jadi masakkan itali tak jadi cam saya kata kat atas tu? Coz resepi asal kat channel AFC dia masuk oven tapi rumah ni xde oven so simmer atas dapur je lah. Satu lagi sebab letak daun limau purut. Tu sekadar nak kasi wangi saja. Tak letak pon xpa. Mana nak cari limau purut kat Sudan kan kak teh? hihi
Resepi no 2:
Sawi Pak Choy atau choy pak atau sawi jepun atau sawi manis. bahagi dua sahaja. Daun n batang. Tumis bawang putih yang di cincang halus jangan sampai hangus. Kasi bau sikit2 saja. Pastu tuang sos tiram sesuka hati, dan kicap sesuka hati. Tambah air sikit xnak kasi pekat sangat. Letak kiub ikan bilis sikit, kiub ayam sikit, masuk batang sawi n kadang2 kalau suka letak lobak putih untuk kasik UP susu badan ye. Bila batang sawi dan lobak dah lembut masuk daun sawi dan tutup api. Awat cepat sangat tutup api? Pasainya sayuran hijau ada vitamin C dalamnya yang mudah terurai bila kena panas api. So biar sayur tu xlayu sangat. Kalau masih rasa rangup2 lagi bestlah. dan hidang dengan…
nasik panas2 dan telur dadar.
Kesimpulannya, masaklah untuk suami tercinta bila ada masa. Walaupon simple tapi bila tengok suami makan habis dan bertambah2 nasik, hati pon hepi.
Betullah kata orang, “Kenyang perot, suka hati!!”




