~::Diskusi Hati ::~ |

Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan

Babywearing..

Tuesday Jul 6, 2010

Babywearing ni satu istilah la untuk kita ‘pakai’ baby kita kat badan. Ataupon kendong kata org. Sebenarnya dah lama benda ni, n its quite traditional actually, tapi orang kita bila orang barat popularkan baru lah kita rasa nak turut kan?

Dulu bibik Inem kak Zah pon babywearing gak guna kain batik dukung Naseem, rilek jah tengok.

Aku sebenarnya x terfikir pon nak babywearing ni, ingat nak redeem point kak cik ja beli baby carrier kat LENO tu, tapi sebelum aku melabur beli baby carrier walaupon cuma RM30 ja, aku nak la pelaburan aku ni berbaloi. So aku surf2 juga blog2 mama2 menyusu ni, banyak yang exclusive BF dan babywear jugak depa ni.

So aku start dengan beli Ring Sling dari web Kasihku Sayangku time tu ada promotion total beli RM60 ja sekali ngan pos. Sampai la ni Nauwal 11 bulan still she fits in snugly inside that sling. Aku pon ada belikan kat Kak Cik jugak. Kak Cik bawak Mawaddah dah betoi dah dalam tu, tapi Bang Din bawak terbalik la… Hahaha… Bang Din, try prektis lagi haaa…

Ni gambar2 aku babywear Nauwal tengok macam mana syoknya dia tidoq dalam sling tu. Baby carrier yang biasa tu bahay sebenaqnya sebab menekan kawasan crotch baby n not good esp for baby boy dan jugak tak sapot tulang belakang baby.

So sekarang ni aku dah ada 3 babywear iaitu ring sling dari Kasihku SayangKu, mei tai aku beli dari Liza SnuggBaby dan sehelai pashmina 3 meter aku beli masa kat India dulu.

Ni gambar2 aku babywear, Alhamdulillah my husband sapot aky BW sebab tangan dia tadak la lenguh nak dukung baby bila gi jalan2 n aku handsfree jugak boleh pegang beg plastik gak la. Nauwal pon nampak comfort ja. siap tidoq2 lagi. So, pakai2 lah sapot babywearing ni sebab BW ialah salah satu dari konsep Natural Parenting.

dsc01258

Nauwal 4 bulan, bawak pegi kenduri rumah jiran

dsc01260

ni dipanggil tummy to tummy position

dsc01331

Kat Mydin Mall. Bila dia tidoq nyenyak camtu senang nak shopping katanya. Hehe

dsc01332

Sling tu terlalu rendah la, kena angkat sket

dsc01333

Nyenyak nya tido

dsc01613

Mei Tai from Sunggbaby

dsc01612

Mei Tai ni sangat selesa n puas hati, laki pempuan boleh guna

dsc01464

Ni guna pashmina yang beli kat india, 3 meter

2 Comments »

kak teh:

ni yang jeles ni…. kak teh nak dua buleh? La ni kak teh pakai yg baby carrier..tu pun nisreen dah syok dah. dah kurang nangis…

Yang pashmina tu ajar sat buat mcmana? kami ada sholl yang pashmina tu…

Nak susu buleh dak? malu la..alau paki tudung labuh caman?

July 6th, 2010 | 6:53 pm

buleh… hampa kaya kan. haha

July 7th, 2010 | 11:15 pm
Leave a Reply

Comment