~::Diskusi Hati ::~ |

Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan

Resepi Untuk Bayi 6 bulan

Thursday Jul 8, 2010

Mawaddah dah masuk 6 bulan, n Kak Cik dah try bagi dia makan baby rice. Syok tengok gambaq dia muka bolat nyo lah hai!

Nisreen pulak almost 6 mo. Kak Teh ada tanya resepi apa untuk baby 6 mo?

Ni ada dari forum susuibu.com

http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?viewmode=flat&topic_id=310&forum=7

Peringkat 1 (5-7 bulan)

• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).

• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.

• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.

• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:

1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2, 3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

————————————————————————————————————–

Tapi aku nye resepi untuk Nauwal cam ikot suka hati jugak la.

Aku buat bubur nasik then bila dah suam aku blend. Pastu amik kurma + kismis hitam pastu blend. Buleh simpan asing2 dalam peti ais. Bila nak makan panaskan cam EBM aku campurlah moi tu dengan kurma+kismis tu. Sebab cik mek kecik tu makan.

Kadang2 rebus kentang + carrot sampai lembut, biar sejuk, angkat tos dan lenyek2 sampai hancur. Puri buah pon buleh bagi. Kalau epal ke pear ke rebus bagi lembut, pastu blend. Ada penah aku buat bubur nasi guna air rebusan epal. So rasa manis2 lah nasik tu. Makan!!! Licin!!!

Sebenarnya nak bagi baby makan ni kena kreatif tapi kena tau gak apa yang boleh dan tak boleh. Bila orang dok kata kat aku awat kontrol sangat Nauwal makan? Aku jawab, time dia kecik ni la nak kontrol makan, nak jaga bagi sihat. Dan dia dah besaq susah dah nak jaga, dia pandai amik sendiri.

Elakkan madu, putih telur, kacang2, garam dan gula kalao belom setahun. After setahun, buleh try bagi sikit2 lah. Setakat nak kasik bagi kecap2 sikit air holik kita, nasik kita, biskut kita, okla… Jangan la strict sangat pulak. Terpulanglah… Tapi aku mmg kontrol pemakanan Nauwal. Cuma sejak2 dia nak setahun ni aku bagi la biskut, roti, bun dan baulu. Tapi tak kerap la. Kang sembelit. Kismis n kurma sokmo lah bagi coz lawas n sunnah kan tu.

Apa2 pon semua ibu nak bagi yang terbaik untuk anak dia. Selamat mencuba!

2 Comments »

min:

tq dik… appreciate that… awat tulisan besaq? penin la baca… spek ilang ka…?

July 8th, 2010 | 3:51 am

tulisan besaq ka? adik view kat firefox ni molek2 ade je ni? ait… browser kak cik kot? dah bagi mawaddah makan pa dah?

July 8th, 2010 | 10:32 am
Leave a Reply

Comment