Hari Ahad Yang Best
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Tuesday Aug 3, 2010Agaknya encik suami kesian nengok isteri dan anaknya yang kebosanan di rumah sepanjang minggu, dia bawak kitorang kuar jalan2 sepanjang hari Ahad lepas. Yeay!! \(’o')/
Pagi kami pi makan kat satu restoran yang owner dia kerek gila kat saujana prima. Yatie Ayam Percik. Gila kerek. Malas nak citer lebih2 pasal malas nak promote kedai yang tak mesra pelanggan tu. Pastu kami pi jalan2 ke booth MBFPC kat Fiesta Kajang belakang tu. Best dapat jumpah mereka yang friendly cam Kak Misah, Nadiah, Cik Fid dan Kak Yatie. Dapat macam2 flyers.
Pastu merengek2 nak gi jalan2 kat Alamanda. So gi jalan2 je n tetiba rasa nak masuk MPH. Fulamak! Megasale dah start!!
So MPH pon buat sale buku sampai 50-70% diskaun. Kitorang dok bajet utk balik raya 2 kampong 2 negeri so xleh beli banyak sangat. Just beli Majalah Solusi 22 tajuk Doa Mustajab atau terhijab, buku Yakjuj dan makjuj, buku tasawuf ustaz nizam abdul kadir dan kamus pintar soleh. Total baru RM80++. Best2…
Rancangnya gaji Ogos nanti nak beli beberapa buah lagi dah plan dah. Buku untuk Nauwal juga tak dilupakan. Dalam Carrefour buku tajuk Perkataan Pertama saya dan kisah Nabi dan Rasul dari Al Quran.
Malam tu pulak pi Giant sebab lupa beli lauk kat K4 sebab ralit sangat dalah MPH. Hahaha… Xpe, kuar lagi…
So, dah nak masuk Ramadhan. Apa persiapan kita?


jelesnye…
wah hari tu pun shopping sakan kat mph alamanda, siap bergambar lagi saya dan afif bersila kat tepi tingkap mph tu. hehe.
dekat bb bangi pun ada yatie ayam percik, tapi mesra saja orangnya. amin yang kata sebab dia makan dgn bos dia. sabaq no..
mmg mph alamanda slalu sale lah
jangan jeles… mai la cni