~::Diskusi Hati ::~ |

Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan

Lirik Nadamurni: Amalan Ramadhan

Sunday Aug 8, 2010

Pesta beribadah telahpun bermula
Bersama tibanya Ramadhan yang mulia
Rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
Nikmat Allah mengalir mencurah-curah

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
Tingkatkan amal dan mujahaddah
Banyakkanlah berzikir dan baca Al-Quran
Muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya

Jagalah lidah dan tutur kata jangan sampai
Mengumpat dan berkata-kata dusta
Pelihara mata dan jagalah telinga
Agar berbuat yang diredhoi Allah

Langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah
Ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban kekancah kehinaan
Di dunia lagi beroleh pembalasan

Tangan pun juga
hendaklah perlu dijaga
elakkan diri mengambil hak orang lain tanpa redha
kukuhkan perpaduan hindar permusuhan
sesama jiran rakan dan taulan

jadikanlah ramadhan gelanggang untuk beribadah
bukan sekadar berlapar dan dahaga
ramadhan setahun sekali sahaja
rebutlah peluang jangan ketinggalan

meriahkan ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahadah
banyakkanlah berzikir dan baca Alquran
muhasabah dan sucikan hati

nak download? klik SINI tau

Leave a Reply

Comment