~::Diskusi Hati ::~ |

Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan

Lirik Nadamurni: Bulan Ramadhan Bulan Rahmat

Sunday Aug 8, 2010

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
bulan rahmat dan bulan utama
pahala digandakan doa diterima
bulan lailatul qadar yang istimewa

isilah bulan ini banyakkan amalan
beribadah malam siang berpuasa
banyakkan lah sedekah jangan dikira
moga ia menjadi penebus dosa
membaca alquran jangan dilupakan
zikir dan tasbih elok disertakan
meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
agar ramadhan tidak sia2

hindarkanlah dosa di setiap anggota
kalau boleh dosa hati jua
kerna dosa itu merosakkan pahala
agar kita tidak mensiakan ramadhan
isilah ramadhan dengan sebaiknya
kerna ia datang setahun sekali
tahun hadapan belum tentu jumpa
kerna kita mati bila2 masa

nak download sila klik SINI

Leave a Reply

Comment