Selamat Datang Ramadhan
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Sunday Aug 8, 2010Dulu, time menyambut Ramadhan, kami akan sibuk mengemas rumah. Biasa arwah Tok yang lelah2 tu pon paling kurang akan kemas n vakum bilik dia. 2 tahun lepas pulak sibuk nak kenduri lepas raya. Tahun lepas, sibuk jaga baby baru, si kecik Nauwal sampai mak tak sempat cantikkan rumah sempena Ramadhan.
Tahun ni, aku n abang dah plan nak sambut Ramdhan secara meriah. Sepanjang hari ni aku n abang kemas dapur, ruang tamu dan bilik tengah. Tapi tak begitu puas hati sangatlah, nak wat cemana, Nauwal tengah demam. Growth spurt dia yang ke setahun agaknya.
Esok plan nya nak kemas bilik stor dan bilik utama. Harap2 baby tak demam dah. Dalam tv dan paper sibuk dengan persediaan nak raya. Tahun ni raya di Kelantan pasal tahun lepas sebulan puasa kat Kedah dan raya pon kat Kedah.
Cita2 kami berdua tahun ni nak sempurnakan tarawikh, tadarrus sama2, khatam sama2, dan qiyam sama2. Amin Ya ALLAH. Semoga Kau beri kami kekuatan untuk beribadah ya ALLAH!!
Juga ini sebagai latihan jugak buat Nauwal, agar dia dapat tengok dan sambut kedatangan Ramadhan secara meriah. Harap2nya Ramadhan kita semua semeriah Ramadhan para sahabat dan tabi’in, dipenuhi dengan amalan2 baik.
Di kesempatan ini, saya pohon ampun dan maaf dari semua kalian, harap dihalalkan segala2 nya, semoga dengan kemaafan kalian agar ALLAH menerima amalan saya ni tanpa tersangkut2. Amin… Dan saya juga maafkan segala2 dosa dan kesalahan yang pernah ada sesapa lakukan pada saya. Semoga ALLAH merahmati kita semua..

