Selamat Hari Lahir Anakku…
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Tuesday Aug 24, 20103 hari lepas ialah besday Nauwal mengikut kalendar Masihi. Aku masih ingat setahun yang lalu, hari Rabu 19 Ogos aku pi routine check up kat Abang Anuar di Hospital Mahsuri.
Masa scan a. anuar kata air ketuban dah sikit sangat untuk 4 tempat yang biasa determine untuk make sure baby tak kurang air. A.Anuar cakap “Air ketuban kurang sangat ni, kita induce ok? Kalau dah ada chances untuk baby lemas.” Aku terus menggeletar.
Aku cakap, “Tapi Roslan kat Kajang? Macam mana ni mak?” A.anuar, “Takpa, kita induce bukan nak besalin teruih”
Aku tanya “Agak2 la kan antara time induce sampai time nak besalin tu berapa jam? Dan dak Roslan sampai?” A. Anuar kata”Dan aih, kadang2 ada orang sampai 2-3 hari”
Ha tu dia.. takotnya.. Sampai 2-3 hari kaaaa… Aku tanya nak kena masuk bila? Dia kata la ni pon takpa.. Aku, “Balik makan dulu buleh kot no? Nanti nak kena pantang dah.” A.anuar “Hahaha… balik la pi makan puaih2″
Balik tu aku ajak abah singgah beli lauk makan tengahari, makan sup cendawan dengan minum teh ais. Dah aku tau kata dekat setahun pulak nak kena pantang makan benda2 tu semua.
Pukul 2.30 abah n mak hantar pi Mahsuri, abang dalam perjalanan dari kajang balik ke kedah. gelabah semua orang dari sudan sampai lubnan hingga ke UK sebab aku nak kena induce. Aku tepon mintak maaf mintak halal ngan abang, mintak maaf kat mak abah semua2.
Masuk pukul 3 lepas cek in dalam wad, aku kena induce. Sampai ke petang begilir2 org mai. Tok Wan jugak tengah nazak tu. Aku sedih sangat. Pukul 7 sekali lagi kena induce. Tak sakit pon n tak dak apa2 reaksi. Ha sudah la… takkan aku pon nak kena 2-3 hari jugak?
Aku baca buku2 yang aku bawak. Baca quran, selawat tafrijiyah, selawat syifa’ dan doa nabi yunus. Apa yang aku ingat aku baca. Aku jugak baca doa akasyah. Sampai ja abang ke hospital, dia tak balik rumah pon, terus mai wad. Aku salam dengan abang. Kak bi n mak pon ada. Kak zah pon mai dah petang tu.
Abang pi solat hajat kat surau dalam tu. Elok2 tepat pukul 9 malam tiba2 aku rasa macam terkencing. Syuurrrr.. Banyak gila sampai melimpah ke lantai. Malunya ya ALLAH. Aku telefon mak yang dok tunggu kat luar. Mak kata, elokla tu bila dah pecah senang sikit nak besalin. Mungkin jugak berkat doa suami yang tengah dok solat hajat tu ALLAH permudahkan aku. Aku tekan butang panggil nurse tanya nak buat cemana ni?
Nurse suruh tukar baju dan dia tukar cadar n mop lantai. Depa cek bukaan jalan, dah 3 cm. Depa suruh tunggu lagi. Abang mai dok tepi kepala dok zikir2. Aku buleh dok sembang2 lagi. Sakit sikit ja. Nurse kata kalau dah tak tahan sakit panggil la..
Aku pon tak tau nak kata tak tahan sakit tu macam mana. Aku tahan ja la… pukul 10.45 aku mula sakit berdenyut2 kat perut. Rasa kepala pon melayang2 ja.. Masa tu aku selawat tafrijiyah banyak2. Depa suruh pi buang apa2 yang patut kat toilet. Takut gak aku kot terberanak dalam tandas.
Aku start dah cubit2 tangan abang coz dah mula tak tahan sakit. Dalam pukul 11.30 depa mai cek dah 9cm jalan keluar. 11.45 nurse bawak turun labour room. Abang turun sama. Aku mula la start sakit memulas2 perut macam nak membuang tapi nurse tak bagi teran lagi. Dia suruh mengiring ke kiri then baru meneran. Aku dah mula tak sedar dunia. Abang cakap suruh takbir aku takbir. Aku tak dengar suara orang lain. Suara suami ja yang aku dengar. Apa ja yang dia suruh buat aku ikut ja. Suruh selawat, mengucap ka apa ka, aku ikut ja.
Rupanya nurse suruh meneran tu nak bagi keluar ketul2 darah, lepas dah diletak dalam posisi baring baru buleh meneran sepenuhnya. Rasa ada la dalam 3 kali teran kot, keluar la baby comel tu. Aku tengok mata dia dah bukak luas dah dengan suara kecik dok nangis. Tengok jantina pempuan pastu aku tak sedar apa.
Sejam lepas tu aku sedar depa bawak keluar. Abang dok tunggu n bawak pi jumpa baby. Comeynya!!!! 1st impression aku macam muka Kak Cik min!! Mata sepet kan… Tomey2… tapi tak buleh lama2, kena naik dah pasai sejuk ekon.
Harap2 Anak aku ingat la pengorbanan mak dia tahan sakit nak besalin n abie dia tahan sakit kena cubit ngan ibu. Hihihi…
Selamat Hari Lahir Sayang!!!







nauwal yang tomey, muka mcm cik min… tunggu cikmin balik nak tokak idung n pipi… selamat hari lahir anakku. semoga membesar menjadi anak yang solehah. doakan adik mawaddah jua begitu…
Selamat hari lahir Nauwal… semoga sihat dan sejahtera dalm lindungan Allah sentiasa.
Tehma tengok Nauwal macam ibu dia sebijik…