~::Diskusi Hati ::~ |

Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan

Hilal’s First Growth Spurt

Tuesday Aug 23, 2011

Semalam Hilal langsung tak mau tidur siang. Asyik menyusu sepanjang hari. Malamnya pon macam tu jugak. Saya terpaksa mintak cik abang tidurkan dalam buaian.

Melalui pengalaman menyusukan Nauwal, growth spurt akan lebih jelas pada baby yang menyusu susu ibu. Ada masa-masanya demand kepada susu tu lebih. Berbanding yang menyusu susu formula, sebab tak nampak demand tu. Orang tua-tua kata nak beralih bulan. Tapi janganlah risau, baby ada kalendar sendiri. Cuma ibu bapa kena prihatin lah dengan perkembangan mereka.

Thanx for my beloved husband coz sangat memahami dengan ambik alih tugas jaga Hilal semalam. Bagi can ibu tidur pulak.

Minggu depan dah nak raya. Rasa tak meriah pon pasal tahun ni tak dapat puasa penuh. Saya ta kuat nak puasa ditambah dengan asyik pitam2. Risau sangat apa yang tak kena. Basic supplement makan hari-hari. Hujung minggu ni dah nak balik Kedah pulak. Bila travel lagi lemau badan.

Sapa-sapa ada kerja kosong tolong bagitau saya. Sekadar nak bantu family. Tak pernah bosan duduk di rumah dengan anak-anak. Sangat happy dapat raise them up with my own hand. Nanti nak share resepi simple for toddler. Biarlah anak makan hasil air tangan ibu, supaya kasih tu kuat di hatinya..

p/s: buku-buku masih banyak dalam stok. sapa nak order sila ke Nauwalz Shoppe ya..

1 Comment »

sedap namanya..moga anak ini menjadi insan yang soleh..amin~

August 25th, 2011 | 11:51 pm
Leave a Reply

Comment