Seronoknya Duduk Rumah!
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Friday Oct 7, 2011Saya akan memulakan tugas 17 okt nanti. Tapi sebab dah almost 6 months jadi suri rumah, seronok pula rasa. Dapat didik sendiri anak2, dapat masak sendiri dan dapat melihat perkembangan anak2..
Cumanya eknomi keluarga masih memerlukan saya keluar bekerja. T_T
Saya harap selepas mula bekerja, saya diberi kekuatan oleh ALLAH untuk terus bersama anak2 selepas balik kerja dan ajaq depa apa2 yang patut..
Sungguh! Dalam hati saya sekarang niat untuk bekerja hanyalah bagi membantu suami dan untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada ni dengan bakal pelajar saya. Semoga ALLAH beri kemudahan buat kami semua..


