Homeschooling: Mengajar huruf vokal

Homeschooling: Mengajar huruf vokal
———
Secara formalnya di sekolah akan diajar huruf vokal a,e,i,o, dan u.
Di rumah kita dah boleh ajar melalui sebutan.

Di antara aktiviti spontan yang kami buat ialah melalui nyanyian.
Dimulai dengan menukar semua vokal menjadi ‘a’, kemudian ‘e’ nenek dan ‘e’ emak, dan seterusnya.

Walaupun ada yang bunyi pelik dan makna jadi lain, teruskan saja. That’s the fun of this game!!! smile emoticon

Kata abah saya, ini satu kaedah exercise lidah. Insya ALLAH, anak-anak akan mudah bertutur dengan fasih dan lancar.