Car Schooling : Aplikasi Teknik Berasaskan Hadis Nabi 1

Car Schooling : Aplikasi Teknik Berasaskan Hadis Nabi 1
—————-
Waktu menghantar anak di pagi hari, merupakan waktu kegemaran saya.

Pagi tadi di dalam kereta, seperti biasa Hilal mengusik Manal hingga menangis. Jika selalunya saya akan tengking dan marah, kali ini saya tarik nafas panjang dan hembus pelan-pelan.

Kemudian saya tanya, “Siapa pagi ini sudah habis minum susu?”
“Kakak!” “Abang!” “Manal!”
“Bagussss… Minum susu sampai habis tidak membazir. Allah sayang orang yang tidak membazir.”

Saya tanya lagi, “Siapa yang pagi tadi ada tolong ibu?”
“Kakak tolong bawak botol!” “Hilal tolong buka pintu!” “Manal tolong nyanyi!!!” Masing-masing menjawab. Hehe… Comel…
“Alhamdulillah… Semua dapat pahala sebab tolong ibu dan buat ibu happy.”

“Siapa nak masuk syurga sama dengan ibu dan baby?”
“Kita semua,cik puan ibu yang cantik!!!”
Jerit Hilal. Oih… Kembang kempis hidung saya.

“Insya ALLAH. Mohon tiap2 hari, tiap2 masa, kita berdoa agar semua kita mendapat pahala yang banyak. Pahala yang banyak serta ALLAH tolong, insya ALLAH masuk syurga.”

Perjalanan ke Tabs Luqman Dan Kawan seterusnya menjadi lebih tenang dan lancar tanpa sesi usik dan menangis seperti selalu.

#mudahnyaTeknikNabi