Bila kita terpaksa bergantung dengan manusia lain dalam bab2 kewangan, kita akan jadi sgt sensitif…
Bila kita sensitif, habis semua benda kita jadi serabut…
Harap2 semua boleh tolong doa
Bila kita terpaksa bergantung dengan manusia lain dalam bab2 kewangan, kita akan jadi sgt sensitif…
Bila kita sensitif, habis semua benda kita jadi serabut…
Harap2 semua boleh tolong doa
Selamat menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini…
dari:
Amni, Roslan, Nauwal dan Hilal
Saya baru berkesempatan dok depan laptop. Masih terasa keletihan proses melahirkan mujahid kecil ni. Kali ini cabarannya lebih kerana tak tau apa yang nak dijangka. Masa Nauwal dulu induce, jadi boleh bajet bila nak bersalin. Kali ni secara tiba2 saja air ketuban turun di tengah malam. Gelabah kejut mak, abah n abang.
Pukul 4.15 8 Jun 2011 Alhamdulillah mujahid kami dilahirkan dengan selamatnya. Kekalutan ni membuatkan saya tak dan nak Manage Nauwalz Shoppe. Insya ALLAH. Dalam seminggu dua lagi, saya akan aktif balik.
Semakin saya terasa pengorbanan mak, abah dan suami. Harap ALLAH beri sebaik2 balasan untuk mereka yang banyak membantu. Layan gambaq sajalah na..
Best betoi kali ni. bercuti sakan menanti kelahiran little mujahid. Tapi masih belum bersalin2 juga. Kali ni aku bercuti for good. Aku dah resign dari Unisza. Semoga tindakan yang aku ambik ni satu tindakan yang betul dan diberkati ALLAH.
Dah lama sangat dah berjauhan dengan suami dan keluarga. Mendidik anak kecil berseorangan tanpa suami adalah sangat mencabar. Tambah pulak aku bukan kuat sangat bab2 agama. Jadi demi asuhan dan juga didikan anak2, dan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri mengikut lunas2 Islam, aku resign.
Bab kerja, no 2 sekarang. Ada aku mintak mengajar kolej2 swasta area dekat2 rumah tu. Ada rezeki, adalah… Kalau takdak, pandai2 lah kami nak hidup. Sebab tu aku nak viva cepat2. Tapi masih ada sikit2 halangan ni. Ya ALLAH kuatkanlah aku…
Aku start Nauwal’s Shoppe pon sebagai backup jugak. In case anything happen in the future, Nabi kata 9/10 daripada rezeki adalah daripada perniagaan. Aku ada plan jugak nak kembangkan lagi. Sekarang ni buat sikit2 dulu. Buku2 dari UK, tudung2… Nanti kak teh kata nak bawak balik kitab2… insya ALLAH… Aminnn…
Sebenaqnya kalau boleh aku tak sabaq nak besalin cepat2. Aku kesian kat suami yang kalo dia dah balik Kajang terpaksa terkejar2 nak balik Kedah pulak. Kat mak yang terpaksa buat kerja macam2 pasai aku dah tak larat nak jalan. Serius ni!! Taklarat jalan. Perot besaq sangat. Sian kat abah yang asik gelabah kena pam bila nampak muka aku berkerut sikit tahan contraction. Sian kat kak zah n abang yus yang kena standby 24 jam. Sian kat kak bi n abg hamdi jugak, sebab mana nak pikiaq pasal aku, mana pasai mak abg hamdi yang sakit kat CCU. Sian kat Nauwal si permata hati yang tak dapat nak dilayan sebaik2nya sebab aku asik tak sihat. Sian kat semua org.
Aku harap ALLAH percepat dan permudahkan kelahiran ini. Aku nak balik dok Kajang dengan segera. Sian kat suami yang dah nak masuk 3 tahun walimah tapi aku tak dapat berkhidmat selaku zaujah. Sian kat anak yang terlepas peluang didikan dari ayah. Kerana bermula Daulah Islamiyah itu adalah dari sebuah usrah Islam.. Rezeki ALLAH akan bagi. Aku perlu usaha dan doa..
Jemputlah masuk ke Nauwalz Shoppe. Shopping buku2 untuk anak2 yang kak cik kirim dari UK. Nauwal sangat happy baca buku tu. dan dia dah mula pandai cerita2. Seronoknya!!! Sayang anak ibu!!
Saya dah mula rasa seram sejuk nak bersalin anak kedua. Terima kasih atas doa kalian… Banyak perubahan dalam hidup yang telah dan akan saya hadapi. Harapan saya, saya dapat hadapinya dengan tabah dan tenang bersama iringan sokongan semangat dan doa orang2 yang tersayang.
Didoakan agar kehidupan selepas ini akan menjadi lebih mudah dan tenang. Semoga kehadiran zuriat kedua ini bakal membawa rahmat dan berkat kepada kami.
Nauwal’s Shoppe telah beroperasi sepenuhnya di http://nauwalzshoppe.blogspot.com. Selain menjadi dropship agen, ada juga saya menjadi agen borong tudung-tudung tersebut. Please notice that saya hanya menjual tudung yang saiznya labuh sahaja demi membantu saudara seagama saya menjaga syariat.
Juga saya turut menjual buku2 yang Kak Cik kirim dari UK. Insya ALLAH buku2 tersebut kualitinhya terjamin, tiada terjual di Malaysia. Untuk pendidikan awal pada anak-anak anda. please visit our blogshop. Saya bercadang untuk mendaftar dengan suruhanjaya syarikat Malaysia agar perjalanan seterusnya lebih lancar. Banyak lagi idea yang saya dan suami ingin kembangkan.
Urusan Master saya? Alhamdulillah hampir selesai. Walaupun lambat berbanding orang lain. Saya menempuh fasa yang berlainan berbanding mereka. Namun saya teruskan perjalanan walau selalu sangat tertomoih. Sokongan mak, abah, suami, dan family sgt2 lah saya hargai..
Oklah. Nauwal dah bunyi lagi. Dia demam. Geraham dia tumbuh. Nampak putih macam ulser. Merap 2-3 ari ni. Sian anak ibu.. Syafakillah ya bint..
ENDLESS LOVE (Diana Ross and Lionel Ritchie)
My love, there’s only you in my life,
The only thing that’s right.
My first love, you’re every breath that I take,
You’re every step I make.
And I, I want to share, all my love with you,
No one else will do.
And your eyes, they tell me how much you care.
Oh yes, you will always be, my endless love.
Two hearts, two hearts that beat as one.
Our lives have just begun.
Forever, I’ll hold you close in my arms,
I can’t resist your charm.
My love, I’ll be a fool, for you I’m sure,
You know I don’t mind.
Cause you, you mean the world to me.
Oh, I know I’ve found in you, my endless love.
And love, I’ll be that fool, for you, I’m sure.
You know I don’t mind.
And yes, you’ll be the only one.
Cause no one can deny,
This love I have its fine.
I’ll give it all to you,
My love, my love, my endless love.
Dalam keadaan sakit di hospital sultanah nur zahirah ni saya menjadi pemerhati setia. Melihat karenah yang pelbagai. Ada yang memanaskan hati, meruntun jiwa, menginsafkan. Insya ALLAH akan saya kisahkan chapter by chapter.
Saya dikelilingi pesakit dan waris dari pelbagai latar belakang. Tapi kebanyakannya makcik2 tua sebab saya dok di general wad. Saya teringat kak teh yang kerja sat kat KBMC dulu, hospital mesra ibadah. Tapi di sini, there is no such thing!!
U nak solat, u solatlah. U tak nak u punya pasal. Saya perhati. Saya tengok. Ada yang tekun, turun dari katil sambil dipapah untuk solat. Ada makcik sebelah saya yang stroke ni, terketar-ketar solat di atas katil. Saya pulak risau dia terbalik jatuh katil. Biasa saya akan tunggu dia sudah solat baru saya pegi solat. saya takut dia jatuh ke bawah katil saya. Tapi tekun sungguh dia. Pada 2 malam pertama, dia agak kurang boleh bergerak. Dia jamakkan maghrib dan isya. Dia cakap, “Mokcik terpakse jamak ni. Nok amik wudhuk byk2 kali, dok rok doh(xlarat dah).”
Anak makcik ni, Za, yang agak ranggi juga tidak pernah tinggalkan solat dan sentiasa lemah lembut menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak dalam memenuhi keperluan ibadat ibunya. Kisah Za akan saya masukkan dalam satu bab yang lain.
Di sebelah yang satu lagi, tak nampak langsung bersolat. Nak saya tegur, risau jugak ye. Kang mak dia tolak saya jatuh tingkat 8 ni jadi ahmad sarbani dan TBH pulak. Dan mak dia juga tak solat.
Ada disediakan bilik solat untuk pesakit yg sangat2 kurang selesa sebab hanya muat 3 org sahaja. dan berabuk.nak dok lama2 pon x selesa..
Satu lagi, peranan waris jugak untuk ingatkan ttg WAJIB!nya bersolat tanpa mengira keadaan. Ada satu kisah. Pesakit demam denggi, kena drip, anak2 semua ngaji agama, tapi tak suruh mak solat. Semua sepakat suruh mak qadha je bila dah balik rumah. Soalan: Mak umur dah 60++, satu hari 5x solat tinggal. Dok wad 8 hari. 5×8=40x kena ganti solat. dalam keadaan yang mmg dah uzur, larat ke mak nak ganti dan yakin ke usia mak tu akan sempat ganti?
Kenapa anak2 dia tak main peranan tlg amikkan wudhuk kalo ye maknye tak larat nak bangun? Solat je atas katil kalo tak larat ke bilik solat. Pegi tandas boleh takkan lah nak solat atas katil x mampu? Sebab anak2 tak galakkan. Walaupon semua ngaji agama. Selepas campur tangan pihak LUAR, baru nak wudhukkan ibu. Alhamdulillah.
ALLAH beri rukhsah dan kemudahan. Misalnya macam saya lelah, kena air sejuk saya semput tak boleh nafas. So, saya lewatkan solat zohor hampir ke pukul 4, dan dengan wudhuk yang sama saya solat asar yang masuk pada 4.20ptg.
Macam mak cik sebelah katil yang mmg tak boleh buat byk pergerakan, dia boleh dibenarkan jamak waktu solat nya. Ada saya tulis tentang jamak solat ni dalam entri masa di India. Nanti saya letak link.
Dan jugak tak mampu berdiri, boleh duduk. Dalam keadaan sarat 8 bulan ni, bila bangun dari sujud asik nak tumbang2 terbalik ke belakang, saya terpaksa solat duduk. Bagi yang tak mampu duduk, boleh baring. Jika tak mampu juga, gunakan isyarat mata.
Solatlah satu2nya ibadah yang direct link kita dengan ALLAH yang pertama sekali ALLAH akan persoalkan di akhirat nanti.
Jomlah kita jaga solat kita dan saudara2 kita. Dan kita bantu org2 sakit yang tak mampu ibadat ni dengan mempermudahkan mereka.
rabbi Yassir Wa la tuassir Ya ALLAH!
Banyak yang saya baca tentang BF ni macam mana nak wean off atau bercerai susu dengan anak kecik. Ada petua yang pelbagai. Sapu asam jawalah, hantar balik kampunglah, letak halia, bawang putih apa segala… Saya cuma berdoa dalam hati agar saya tak susah nak wean off Nauwal.
Masuk umurnya 1 tahun 8 bulan ini, saya asik sakit2, lelah. Jadi saya tak mampu nak baring lama2 dengan dia dan menyusukannya. Saya selalu offer, “Nauwal nak milo? ibu bangun bancuh na?” Dan dia dengan senang hati angguk. So saya pon bancuhkan susu biasa + milo or dutch lady coklat tu. Dalam 5 oz dan lepas dia minum, dia akan sambung tido balik.
Dan jugak dia paham bila saya tak larat, dia akan offer, “Ibu, nak tidoq ndoi?” So, saya senang lah malam2 hanya perlu enjutkan buai, tak payah nak tepuk2 dia sampai tido lagi.
Ditaqdirkan ALLAH, 18 April saya dimasukkan ke wad HSNZ kerana lelah yang agak teruk. Ditambah dengan kandungan yang mencecah 32 minggu. Saya sedih tak sempat nak farewell dengan Nauwal properly sebab malam tu abang dan mak akan bawak dia balik ke Kajang, kemudian tinggal di Jitra dengan mak sehingga saya balik bersalin.
Petangnya, saya mintak abang dan mak bawak Nauwal naik ke wad. Beri alasan pada pak gad untuk bolehkan saya susukan dia. Nauwal behave very good. Dia duduk atas katil saya dan saya suapkan nasik. Saya cakap, Nauwal balik dok dgn tok na… Be a good girl. Ibu sakit ni… Dia sekadar angguk kepala dan ulang cakap, ibu sakit sian ibu.
Saya bagitau Nauwal, “meh ibu bagi susu Nauwal for the last time ok. Pasni tak boleh lagi pasal adik dah nak ada.” Dia pon menyusu dengan saya buat kali terakhir. Dan saya peluk dia kuat2. Saya sedih sangat. Begini rasanya bonding antara ibu dan anak yang menyusu. ALLAH!! Makin sakit dada saya tahan peritnya nak berpisah dengan Nauwal yang sejak lahir kami tak pernah berjauhan. Tapi demi kesihatan saya dan perkembangan mental Nauwal, saya relakan berpisah dengan dia.
I know she is in a very good hand. I know my parents can take care of her better than me. Semoga susu ibu yang ibu bekalkan pada Nauwal selama ini menjadi keberkahan dalam hidupmu. Semoga setiap titisan susu yang mengalir dalam badanmu diiringi alunan zikir yang ibu baca setiap kali kita berdakapan akan menjadi pemangkin dirimu menjadi anak solehah yang mengingati ALLAH saban ketika.
I want u to know my baby, I will love u forever. Kerana dirimu cebisan dari dalam diriku, kerana sel-sel tubuhmu membesar dengan titisan susu ibu yang ALLAH kurniakan. Kerana dirimu begitu berharga, kerana itu ibu buat apa sahaja yang terbaik buat Nauwal. Harapan ibu, agar adik Muhammad juga dapat ibu beri seperti apa yang telah ibu berikan pada Nauwal dan mungkin lebih baik kerana Ibu dan Abi telah ada pengalaman.
Thanx Nauwal. Thanx for everything. Be a good girl. Dok baik-baik dengan tok. Doakan ibu dan adik Muhammad sihat dan kita dapat dok sama2 satu hari nanti. Ibu sayang Nauwal Lillahi taala… Terima kasih kerana mengizinkan daku menjadi ibumu walaupun diriku tidak sempurna…
Saya nak habiskan stok tudung Lycra Denim dan Denim Dyana ni sebab nak masukkan stok baru yang lebih menarik.
Promosi mana-mana 2 helai Denim Dyana RM60.
Promosi mana-mana 2 helai Lycra Denim RM58.
http://nauwalzshoppe.blogspot.com/2011/04/jualan-penghabisan-stok-tudung-denim.html
Cepat-cepat. Tolong bagitahu kawan-kawan juga…
Klik link kat bawah ni untuk gambar2 tudung denim yang menarik.
http://nauwalzshoppe.blogspot.com/search/label/denim
Semenjak usia kandungan saya memasuki 7 bulan, saya diserang asma yang agak teruk. Hampir setiap malam saya tak dapat tidur lena, terpaksa bangun menggunakan inhaler dan minum air suam. Setakat 3 minggu ini sudah 6 kali saya terpaksa ke klinik untuk menggunakan nebulizer.
Ditambah pula saya kena bangun untuk sediakan susu buat Nauwal di waktu malam. Semakin teruk serangan asma saya, hinggakan saya langsung tak mampu untuk menarik nafas sekalipun.
15 April, saya langsung tidak dapat tidur. Saya duduk sepanjang malam mengurut dada dan tapak kaki dengan tiger balm. Nauwal terpaksa saya tidurkan dalam buaian kerana tak mahu dia terganggu bila saya bangun batuk, pam dan minum air suam. Pukul 4.30 pagi, saya telefon mak. Tapi saya tak dapat bercakap.
Mak: Awat adik?
saya: Huhuhu…
Mak: Adik penat ka?
Saya: huhu…
Mak: Nak suruh mak pi teman kat sana ka?
Saya: Ha.. huhu…
–Letak telefon–
Khamis malam itu, mak bertolak naik bas ke Terengganu. Pagi Jumaat. Saya memang tak dapat tidur kerana semput. Saya menanti panggilan dari mak. Ait? Hampir pukul 6 pagi takkan mak tak sampai lagi? Azan subuh dah ke udara. Ada panggilan di telefon. Mak telefon. Saya solat subuh, pam, hidupkan enjin kereta dan angkat Nauwal letak di kerusi bayi. Saya jemput mak di stesen bas Kuala Terengganu.
Dalam kereta. “pukul berapa mak sampai?” “Pukul 4.30.” “ALLAHUAKBAR!!!! Awat mak tak tepon? tidak buleh pi ambik awai sikit.” “Mak kesian kat adik, takut adik makin penat (bahasa kedah untuk lelah)” “ALLAH mak!! Takdaknya laahhh… Penat sikit tak pa. Buleh aiihh.”
Itulah bondaku. Tidak pernah mahu menyusahkan anak-anaknya.
Sabtu pagi, 8.30. Sebuah teksi sampai di depan rumah. Abang pulak sampai. Juga tak mahu menyusahkan saya. Diambil teksi dengan bayaran RM25. Mahal jugak tu. Turut berkorban. Ambil cuti demi menemani sang isteri yang akan membuat temujanji dengan pakar sakit puan dan pakar pernafasan Isnin nanti. Semua kerja-kerja rumah termasuk mengasuh dan melayan Nauwal disempurnakan. ALHAMDULILLAH! Aku bersyukur Ya ALLAH!
Isnin malam esok. Satu lagi pengorbanan dari si kecil buah hatiku. Saya terpaksa lepaskan Nauwal untuk dijaga di kampung Jitra oleh Mak dan Abah. Saya cuba untuk tak berlaku sebegitu. Tapi anak dalam kandungan perlu juga saya jaga. Agar tak terlalu letih. Nauwal akan berkorban berjauhan dengan saya dan Abang. Demi kesihatan saya dan adiknya. Terima kasih buah hati ibu!
Tunggu ya Nauwal. Sebulan lagi tempoh ibu tetapkan untuk kita bersatu balik sekeluarga. Harapan ibu, hingga tempoh itu, Nauwal menjadi cucu yang baik, menurut suruhan dan larangan Tok dan Wan. Membantu mereka seperti yang Nauwal selalu bantu Ibu. Terima kasih ya soghirah ya jameelah di atas pengorbananmu untuk ibu dan adik.
Untuk kakak-kakak dan abang-abang, terima kasih adik ucapkan sebab turut membantu adik. Terima kasih anak-anak saudaraku kerana membantu menjaga Nauwal, Tok dan Wan. Menemani Wan ketika Tok mai Terengganu.
Ya ALLAH, aku tiada daya upaya untuk membalas budi mereka, pengorbanan mereka. Hanya yang aku pinta, Kau berikan keberkatan dunia dan kebaikan Akhirat untuk mereka semua. Dan Kau himpunkankan kami bersama-sama di akhirat nanti, di dalam mahligai indah di syurgaMU, dalam pandangan Rahmah dan kasih sayang ENGKAU. Amin Ya ALLAH.
Jazaakumullah untuk semua. Pengorbanan kalian, hanya ALLAH yang berhak membalasnya dengan berlipat kali ganda.