Minggu ni kita belajar guna nota yang last week.. Lots of thing to revise
RDBMS Week 4
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Tuesday Feb 2, 2010I’ll Say a Little Prayer
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Sunday Jan 31, 2010From the moment I wake up
Before I put on my makeup
I say a little prayer for you..
While combing my hair now
And wond’ring what dress to wear now
I say a little prayer for you…
[Chorus:]
Forever, and ever, you’ll stay in my heart, and I’ll love you
Forever, and ever, we never will part, oh I love you
Together, forever, that’s how it should be
Living without you
Would only mean heartbreak for me…
I run for the bus dear, while riding I think of us dear,
I say a lil prayer for you
At work I just take time, and all through my coffee break time
I say a lil prayer for you…
[Chorus]
My darling believe me
For me there is no one but you
Say you love me too…
[Chorus]
——————————————-
Berdoalah untuk yang tersayang tak kira bila dan di mana. ALLAH itu Maha Mendengar…
Time Kelas, Berangan!
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Sunday Jan 31, 2010Masuk minggu keempat saya ajar TMK3108 ni. Masuk kali ni dah 5 tahun saya ajar subjek ni. Permasalahan yang berlaku tetap sama. Disiplin dan minat tiada. Tak kira melayu, cina atau india. Betul2 punya 1 Malaysia ni!!!
Saya dah bagi arahan agar hantar latihan sebelum 12 am ahad. Ada masa 4 hari diberi. Soalan yang jawapan sudah tersedia dalam slaid. Tahniah bagi yang hantar awal. Namun, Sabtu malam masih ramai belum hantar.
Sudah jadi amalan saya, setiap email yang diberi akan saya reply sama ada accepted atau bounced dengan beberapa perkara perlu diperbetulkan. Antara kesalahan2 yang dilakukan:
1. Arahan saya: Subject: TMK3108 Assignment Week 3. Namun ramai yang letak tahapahapa tajuknya.
2. Dalam content pula letakkan nama dan matrix num. Kosong saja. Kalaulah saya ingin berlaku kejam dan tidak adil, saya abaikan email anda dan delete sahaja. Tapi saya tak suka biar begitu. Tapi anda tidak hantar pembetulannya. Macam mana ni? Tidak ikut arahan!
3. Saya cukup pantang anda masuk kelas lambat. Saya dah diskaun 15 min buat anda, tapi masih juga anda datang hingga lewat stgh jam.
4. Di dalam kelas anda berlagak faham, bila saya tanya jika ada soalan atau tidak, masing2 membatu. Bila diberi latihan baru kelam kabut. Jangan malu atau takut. Saya berbesar hati menjawab persoalan berkaitan subjek ini.
5. File extension saya suruh hantar dalam .txt format iaitu notepad biasa. Ramai yang hantar dalam rich text format, zip dan rar. Ini menunjukkan anda tak dengar arahan.
6. Due date ialah 11.59 pm 30hb Jan. Masih ada yang hantar lewat, Jangan marah jika email anda dapat Not Accepted
Itulah, time kelas berangan, buka facebook, buat assignment lecturer lain. Macam mana Malaysia nak maju, generasi mudanya sambil lewa.
Berubahlah…
PPT RDBMS Week 3-4
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Wednesday Jan 27, 2010Assignment Week 3
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Tuesday Jan 26, 2010Nisreen El-Zuhayra
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Tuesday Jan 26, 2010Nisreen Az-Zuhairah
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Sunday Jan 24, 2010Ahlan wa sahlan ya bint…
Kedatanganmu ke alam dunia ini bakal kau tempuhi dgn bermacam cabaran dan persoalan…
Tapi Cu yakin, Nisreen akan dapat mengharunginya, berkat doa tulus Ummimu, berkat didikan Walidmu.
Tahniah Kak Teh n Abg Nizam… Mulakan langkah sebagai ibu bapa dengan ungkapan agung Bismillahirrahmaanirrahiim…
Semoga langkah2 seterusnya berbuah dan menghasilkan mujahidah solehah, mukminah, hafizah, qaanitah…
Mawaddah Pejuang Kecil Kami
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Friday Jan 22, 2010http://dinoor.blogspot.com/2010/01/mawaddah-yang-istimewa-2.html
Ya ALLAH ya Rabb…
Jika hidup yang terbaik untuknya, permudahkan kehidupannya dan sembuhkanlah dia. Jika mati lebih aula baginya, maka angkatlah darjatnya di sisi Allah, dan berikan kami kekuatan, kurniakan kami sabar menghadapinya.
Doakan buat Mawaddah dan kami sekeluarga
Doa Penenang Hati
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Wednesday Jan 20, 2010ALLAHU ALLAH…
Sungguh aku tak mampu nak menyatakan apa2… Sungguh Aku hanya mampu menahan air mata mendengar suara Kak Cik dalam telefon dari UK sana.. Aku cuma boleh bagitau dia suruh sabar dan doa. Apa yang ALLAH bagi, itulah yang terbaik buat kita.
Aku baca doa dalam hati aku, selawat tafrijiyah, dan berkata2 dengan ALLAH di dalam hati. Agar DIA beri kekuatan buat Kak Cik, Bang Din, Mawaddah, Muammar, Ayman dan kami semua sekeluarga. Itu saja yang kami pohon. Hanya DIA tahu apa yang terbaik untuk kami semua.
Mawaddah yang istimewa, yang suaranya hanya mampu aku dengar melalui telefon dan video streaming kiriman Kak Cik. Semoga ALLAH beri kekuatan untuk Mawaddah melawan sakitnya kalau itu yang terbaik buatnya.
Apa yang aku amalkan jika bersedih selain solawat tafrijiyah ialah,
“ALLAHUMMA faarijal hamm, kaasyifal ghamm. Mujiibud da’watal mudthorrin, rahmaanad dunya wal akhirah, wa rahiimahuma, Anta tarhamunii, farhamnii, birahmatin tughnini biha, rohmati maa siwaak.”
Doa itu ialah sebahagian dari zikir munajat Ustaz Amal yang aku sentiasa baca semasa mengandung. Mungkin ada yang aku terlupa sikit2, nanti aku poskan sepenuhnya doa tersebut.
Buat semua yang membaca blog ini, aku pohon agar kalian doa kepada ALLAH agar DIA beri kami semua ketabahan dan kekuatan.
Ameen Ya ALLAH


