Salam all, Sama2lah kita berdoa & buat solat hajat.. Isnin 31hb Mei 2010 GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza 1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah. 2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan. 3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan, b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan, c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma. Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia. 4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan masyarakat awam. 5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan. 6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama. 7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan. 8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini. 9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan. 10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan. Zulkifli Mohd Nani Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia
Ya ALLAH Bantulah… :,(
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Monday May 31, 2010Selawat Tafrijiyah, Selawat Kamilah
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Monday May 31, 2010Ada entrynya di sini: Selawat Tafrijiyah
Sini Aku paste balik selawatnya beserta terjemahannya
Ya Allah, limpahkanlah shalawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujanpun turun, dan semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.
Mari Memasak Untuk Suami
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Monday May 31, 2010Sebelum tu kita tengok gambar dulu ya
Gambar No 1 tu namanya Ayam Masak Stail Itali Tapi Tak Jadi. (panjangkan namanya?)
Yang Kedua tu Pak Choy With Oyster Sauce
Resepi no 1:
minyak tuang masuk dalam frying pan. kasik panas. letak kentang yang dipotong wedges, letak bawang yang dikerat 4. Kasik simmer. Pastu letaklah ayam yang kemudian tabur sikit garam, gula, black pepper. Nak wangi letak daun limau purut. Dekat2 nak angkat tu perah lemon or limau nipis. Tapi make surelah ayam n kentang tu dialih2 n dah masak tau! Abang cakap sedap :”> hihi hepi rasa kena puji so diberi nama masakan ni Ayam Masak Penawar Rindu pasal hilangkan rindu masakan isteri. Piuuweett!!
Kenapa jadi masakkan itali tak jadi cam saya kata kat atas tu? Coz resepi asal kat channel AFC dia masuk oven tapi rumah ni xde oven so simmer atas dapur je lah. Satu lagi sebab letak daun limau purut. Tu sekadar nak kasi wangi saja. Tak letak pon xpa. Mana nak cari limau purut kat Sudan kan kak teh? hihi
Resepi no 2:
Sawi Pak Choy atau choy pak atau sawi jepun atau sawi manis. bahagi dua sahaja. Daun n batang. Tumis bawang putih yang di cincang halus jangan sampai hangus. Kasi bau sikit2 saja. Pastu tuang sos tiram sesuka hati, dan kicap sesuka hati. Tambah air sikit xnak kasi pekat sangat. Letak kiub ikan bilis sikit, kiub ayam sikit, masuk batang sawi n kadang2 kalau suka letak lobak putih untuk kasik UP susu badan ye. Bila batang sawi dan lobak dah lembut masuk daun sawi dan tutup api. Awat cepat sangat tutup api? Pasainya sayuran hijau ada vitamin C dalamnya yang mudah terurai bila kena panas api. So biar sayur tu xlayu sangat. Kalau masih rasa rangup2 lagi bestlah. dan hidang dengan…
nasik panas2 dan telur dadar.
Kesimpulannya, masaklah untuk suami tercinta bila ada masa. Walaupon simple tapi bila tengok suami makan habis dan bertambah2 nasik, hati pon hepi.
Betullah kata orang, “Kenyang perot, suka hati!!”
Sticky Post: The HP Mini 5102 Touchscreen Netbook
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Thursday May 27, 2010Ni sticky post. Entry terbaru di bawah.
Tolong klik pada Gambar di bawah ni na…
Netbook is the new notebook. Easier, compact, portable, mobile and also elegance in style. Want one? Click the picture below and get your stylish, shiny new netbook for only RM1649. Hurry!! Grab now!!
Dil Hai Tumhaara…
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Thursday May 27, 2010kredit
DIL HAI TUMHAARA
| mastaana mausam hai ra.ngiin nazaara | The weather is intoxicating; what a beautiful sight! |
| dhaRkan kya kahatii hai samjho ishaara | What does my heartbeat say to you? Understand what it’s implying. |
| aaj se jaaneman dil hai tumhaara… | From today onward, darling, my heart is yours… |
| mastaana mausam hai ra.ngiin nazaara | The weather is intoxicating; what a beautiful sight! |
| dhaRkan kya kahatii hai samjho ishaara | What does my heartbeat say to you? Understand what it’s implying. |
| aaj se jaaneman dil hai tumhaara… | From today onward, darling, my heart is yours… |
| chorii chorii mai.n ne tumse pyaar kiya hai… | Secretly I’ve fallen in love with you… |
| maano bachna | Believe it! |
| tum ne mujhko kitna beqaraar kiya hai | How restless with desire you’ve made me! |
| mushkil bataana | It’s difficult to put into words. |
| koii bhii to na jaane ham kaise diiwaane hu’e | No one knows how we went mad. |
| duniya me.n na koii hai tumse pyaara | No one in the world is more precious to me than you. |
| dhaRkan kya kahati hai samjho ishaara | What does my heartbeat say to you? Understand what it’s implying. |
| aaj se jaaneman dil hai tumhaara… | From today onward, darling, my heart is yours… |
| chaahat ka mausam hai javaan kho’e kho’e se ham yahaa.n | The season of desire is young, and we’re lost in it |
| khwaabo.n me.n to kho ga’ii diiwaanii sii mai.n ho ga’ii | I lost myself in dreams, I lost my mind over you! |
| lagta hai hoga nahii.n tum bin guzaara | Without you, it seems like there’s not even a life to live. |
| dhaRkan kya kahati hai samjho ishaara | What does my heartbeat say to you? Understand what it’s implying. |
| aaj se jaaneman dil hai tumhaara… | From today onward, darling, my heart is yours… |
| mastaana mausam hai ra.ngiin nazaara | The weather is intoxicating; what a beautiful sight! |
| dhaRkan kya kahati hai samjho ishaara | What does my heartbeat say to you? Understand what it’s implying. |
| aaj se jaaneman dil hai tumhaara… | From today onward, darling, my heart is yours… |
| dil hai tumhaara… | My heart is yours… |
Facebook… Deactivate!
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Thursday May 27, 2010Saya meng’deactivate’ akaun facebook saya beberapa hari lalu. Tapi cemana nak bagitau ye. Terlalu banyak komunikasi yang melalui facebook dan sangat2 penting. Saya rindu pada Mawaddah dan nak tengok perkembangannya. Saya teringat kawan2 lama, saya teringat sepupu sepapat.
Susah nih! Tapi facebook sangat2 membuang masa saya. Mungkin saya hanya jadi silent reader (hihi… silent la sangat kan!!) dan tak update lah FB saya.
So, apa2 saya akan update di blog dan email saja. Tapi saya dah activate balik!! Hii… tak tahan godaan. Tapi tulah, sekadar silent reader saja.
Semoga projek saya ni berjaya dulu, baru aktif semula di FB. Amin insya ALLAH.
Tariklah Balik Lesen Judi
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Tuesday May 25, 2010Aku mula rasa panas hati n semakin panas jiwa aku sejak2 kerajaan bagi lesen judi yang sah kepada Berjaya Group ni. Alasan nak elakkan judi haram tu memang tak masuk akai!

Sepandai2 tupai berjudi, di akhirat nanti tupai tak kena hisab pasal dia menatang. Tapi hak yang lulus lesen judi tu, dan yang sokong pihak yang luluskan lesen judi tu?? Pikir2lah azab di hadapan ALLAH nanti ye.
Perihal Blog Sejarah Kedah
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Tuesday May 25, 2010Ini ialah petikan kenyataan blog Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate
Sudah Terang Lagi Bersuluh.
Blog ini ialah blog yang menyokong blog-blog yang sewaktu dengannya untuk memberitahu kepada ummat Melayu Islam,sejarah yang sebenar dan tipu daya musuh-musuh Allah terhadap sejarah bangsa kaum ini dan sejarah dunia.
Ini pula dari blog Empayar Islam Benua Siam Kedah
Aku lah wangsa yang bermaksud Harimau, hari ini aku dikenali sebagai Melayu dari rumpun Siam Islam..waris aku berasal dari Yunan. Sedarlah bangsa aku bahawa Melayu dahulunya bukanlah bangsa yang lemah dan malas. Sedarlah bahawa dalam bahasa Siam yang masih dipertuturkan di Kedah (bukan bahasa Thai) Merong itu bermaksud Naga Laut, Maha itu pembesar dan wangsa itu, bangsa harimau (puak tentera). Ini jelas merujuk kepada simbol naga Maharaja China Dinasti Tang ketika itu iaitu Sai Tee Sung. Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi lalu menghantar cucunya, Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan islam di Nusantara. Maka islam lah kita hari ini dari tarikh itu, lebih bertamaddunlah kita orang-orang Yunan yang di gelar ‘fei’ oleh Maharaja China di nusantara ini.Hari ini kita bukan lagi ‘fei’, tapi Melayu.
Dan ini dari blog Naim Firdausi
Naim Firdausi seorang penulis dan pengkaji sejarah. Beliau meredah belukar, mendaki bukit-bukau untuk mencari tinggalan sejarah kerajaan Siam-Ligor yang silam.
Pihak mykedah.org telah memohon dan mendapat kebenaran untuk menyiarkan artikel dan hasil kajian beliau yang dicatatkan di laman blog beliau http://naim-firdausi.blogspot.com untuk disiarkan semula di laman web mykedah.org .
Oleh itu, setiap artikel beliau yang disiarkan di sini adalah hak milik Naim Firdausi. Sebarang salinan, penerbitan dan segala yang berkaitan perlu merujuk kepada beliau.
Please do visit their blog… =)
Realiti Sejarah Kedah
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Monday May 24, 2010Subjek yang saya paling saya suka tidur skali ialah sejarah. Tanpa sejarah siapalah kita kan? Tapi saya konpius juga sebab sepanjang 5 tahun saya tak dapat kaitkan realiti sekeliling dengan sejarah yang saya blaja.
Contoh ye, kat Kedah ada banyak kota2 lama. saya sembang ngan abah, kat area Kubang Pasu ada Kota Mengkuang, Kota Siputeh, Kota Naga, kat Aloq Setaq ada Kota Rentang, Kota Sarang Semut, Kota Setar, pastu ada lagi Kota Kuala Muda, dll. Takkan lah nama itu wujud macam tu saja kan tanpa ada sebarang relation dengan situasi sebenar. Otak saya pon buat equation yang saya sendiri rasa pening2 lalat. Rasa takde roh belajar sejarah negara. Tapi saya suka sejarah dunia.
Sekali, masa tengah buat master saya saja surf2 internet nih. Saya jumpa banyak perbincangan bahawa sejarah negara kita telah diubah2. Saya susah juga nak percaya. Maklumlah kita dah didoktrinkan sebegitu semasa belajar sejarah kan.
Saya akhirnya jumpa blog ini. http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ yang mana blog ini telah membuatkan saya mencari dan mencari lagi. Saya jumpa blog ini http://www.kedahcybersyburi.blogspot.com/ dan blog ini http://sejarahrealitinagarakedah.blogspot.com/ dan blog ini http://naim-firdausi.blogspot.com/.
Saya seperti orang yang kehausan lepas lari marathon 7 kilometer dapat minum air 100plus. ALLAHU AKBAR. ALLAH ya ALLAH! Terima kasih atas anugerahMU. Saya tahu akan ada orang pertikaikan. Tapi bagi saya yang asal Kedah, dok di Kedah dan membesar di Kedah, saya sentiasa bertanya ngan abah dan mak makna nama sesuatu tempat di Kedah yang unik dan sukar nak difahami. Bila saya membaca blog2 tersebut dan berhubung melalui email dengan mereka, saya rasa saya makin cintakan sejarah dan cintakan negeri saya Kedah Sejahtera.
Sesungguhnya mereka cuba memadam sejarah kegemilangan Islam, namun ibarat permata dicelah lumpur, pasti permata tetap bersinar juga. Islam pasti akan menunjukkan sinarnya.
Jemputlah saudara-saudari baca blog2 tersebut di atas. Pasti kalian juga akan seperti saya. Semakin cintakan agama kita, cintakan keamanan dan ingin mengelakkan perbalahan perkauman. Kerana hakikatnya kita semua adalah dari leluhur yang sama. Tapi kebencian yang memisahkan kita.
Bacalah, kerana itu seruan ALLAH yang pertama semasa Rasulullah diutuskan!
Ingin Beruzlah
Posted by amnikhassim | Under Uncategorized Saturday May 22, 2010Saya rasa saya ingin beruzlah. Saya ingin menghilangkan diri. Tapi saya baru sahaja menyambung kembali silaturrahim dengan seorg yang sgt saya sayangi, adinda Hanna.
Saya tak mahu kehilangan dia lagi. Mungkin saya perlu tangguhkan uzlah saya?






